Pusat Jalur Lebar Komuniti (Community Broadband Centre) Kg. Beruas, Pekan, Pahang mengucapkan Selamat Datang dan terima kasih kepada anda yang sudi melawat portal kami. Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) merupakan sebuah program yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama TM Bhd dan MSD Digital Intelligence. Hal ini bertujuan untuk merapatkan jurang digital dalam kalangan komuniti setempat. Sebanyak 12 Pusat Jalur Lebar Komuniti perintis, 73 buah pusat untuk Fasa 1 dan 52 buah pusat untuk Fasa 2 serta 31 buah pusat bagi Fasa Felda telah diwujudkan di seluruh Malaysia bagi mendekatkan masyarakat luar bandar kepada penggunaan komputer dan aplikasi ilmu ICT dalam kehidupan seharian mereka.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bersama Telekom Malaysia Berhad (TM Bhd) dan MSD Digital Intelligence Sdn. Bhd telah mewujudkan PJK Kg. Beruas untuk memberi kemudahan serta peluang dalam kalangan penduduk di sekitar Kg. Beruas, Mukim Kuala Pahang khususnya dan sekitar Daerah Pekan amnya mempelajari serta meningkatkan pengetahuan dalam bidang teknologi maklumat sejajar dengan hasrat kerajaan untuk merapatkan jurang digital antara penduduk bandar dan luar bandar. Kewujudan PJK Kg. Beruas juga diharap dapat menjadi rantaian teknologi maklumat bagi Kg. Beruas dan Pekan dalam merangkaikan rangkaian internet sedia ada seperti di sekolah-sekolah (SchoolNet), pusat kesihatan, kerajaan elektronik serta badan bukan kerajaan.
Bagi menjayakan usaha kerajaan yang berhasrat untuk mewujudkan masyarakat Malaysia yang bermaklumat dan celik IT menjelang tahun 2020, setiap PJK diamanahkan untuk membangunkan satu laman web yang beridentitikan tempatan, di mana isi kandungannya menjurus kepada maklumat tempatan. Maklumat-maklumat ini merangkumi maklumat tentang sejarah tempatan, tokoh-tokoh tempatan terdahulu, tempat-tempat menarik di kawasan sekitar dan daerah, wanita, warga emas, belia, kesihatan, pendidikan, keusahawanan, pelancongan dan organisasi tempatan.
Pada masa hadapan, kementerian berhasrat menjadikan PJK sebagai pusat untuk pelbagai perkhidmatan seperti berikut:
- e-Perkhidmatan Kerajaan (e-Government)
- e-Pembelajaran (e-Learning)
- e-Dagang (e-Commerce)
- Pengumpulan dan pertukaran maklumat
- Pusat Komunikasi
- Pusat pembangunan aplikasi berdasarkan perkongsian perisian
- Pusat peperiksaan dan persijilan.
No comments:
Post a Comment